Thursday, September 29, 2011

Cara Aku Hilangkan Boring

Salam!!

Hari ni aku tak nak cakap sangat sebab aku totally boring tahap gaban..
Tapi happy sikit sebab CikMerah nak bagi hadiah doodles..
 ngeh ngeh ngeh (kuar tanduk).
Sedang asyik duduk keboringan tadi aku baca la komen dari korang yang sah2 telah mengomen post sebelum ni.. TQ sebab puji header BLOG aku ni cantik..nice...cool & etc ..(ish3 jangan riak ok)

Ok..ok..dengan rasa rendah diri dan humblenyer aku tadi dok sketch-sketch kat laptop ni..so ada la nawaitu tu nak 'terbuat' header ke, banner ke kan.. so aku mintak pinjam dari blog Hakimi , WawaTasliman , Kak Limah --> leh klik sini

Korang2, boleh tak pinjam nama ni? Please jangan claim royalti sebab aku kan penganggur tetap (muka sedih)..hahaha

Jadi aku buat testimoni dengan nama blog diorg ni.. Awal-awal aku dah kata yang aku tak kreatif sangat so benda ni pun aku buat dalam beberapa minit.Kalau tak cantik korang abaikan jer..kalau cantik korang komen la.. aku kan kecik lagi..ahahaha---PHUIII! (mesti ramai dah buat camni kan)

Tengok lah mana yang patut..ok.. Hujan rintik-rintik aku nak tido balik,hahahaha..
-aku blah sekarang-

1. Ni yang transparent..


 2. yang ni aku main letak je background tu

 3. Cik Wawa kalau macam ni ok?


4.Atau nak yang macam ni? munge2 cinta tu..hahaha

5. Ni Kak Limah Punya ok :)


6. Yang ni ada background punya ok :)


7.Ok aku kasi up lagi untuk cik Nuwairah


8. Ni pun ok kot... 


9. Last design untuk Teratak hatiku cik Fatieha


10. This one trans ok



p/s: ade sesape lagi ke berminat nak suruh aku buat lepas tgk hasil yang ni?hahaha... Ok ini je cara aku nak tolong promote blog kawan sebab aku pun newborn babies kat sini..hahaha (jgn phuihhhhhhhhhhh please)..


Wednesday, September 28, 2011

Tutorial Buat Header Macam BiQa Hatmin

Salam!!!!

Hye tawan-tawan! cuba korang tengok tajuk post kali ni...tuuu atas tuu.. faham kan .. good..
Actually sebelum ni aku pun tak tau macam mana nak buat menatang tu... ramai kata pakai photoshop la ape la..Sumpah! aku tak pandai sgt.. Dah pnah try buat tapi cacat je memanjang..so malas la..

Nak di jadikan cerita, once upon a time.. 
Aku terjumpa dengan satu software untuk buat logo ni.. sebab aku memang suka cari software merapu ni..
terjumpa la satu software hasil pertolongan Abang GOOGLE .. dan korang boleh try download menda ni..siap ada patch keygen lagi..pandai la korang baca readme file tu nanti.haha

OK..pendekkan citer la ni permintaan kawan blog aku iaitu Sedara Hakimi.. tq follow ye :)

Step 1:
Download software ni dan patch kan. Kalau tak nanti ada tulisan TRIAL beso-beso kat header tu padan muka.haha

Step 2:
Ikut contoh step gambo ni..aku pun taktau korang paham tak..tapi cuba je lah..papehal korang inform aku..ok! DEAL.

 First: Bila korang bukak je software tu.. suka hati korang la nak guna symbol2 tu or tak..aku serius tak nak.haha
 Next: Yang ni pun sama..aku ikut standard asal..malas nak tukar2 sebab nanti cacat lagi.haha
 Next: Delete je benda ni...haih semak :p
 Next (berapa kali next daa): OK korang tekan icon text tu dan edit la ikut tulisan yg best dan menarik
 Nampak tak?? Macam tu la aku edit..kasi adjust baik punya...
Korang buleh jugak tukar background..bagi yang nak ada background la.. aku buat transparent ..hehe .
 TADAA!!!!! ha maka terciptalah sebuah karya AGUNG hasil ciptaan aku..
Kalau nak FONT yang cantik-cantik korang ushar sini: AKU ADALAH FONT CANTIK
 Confirm ni bukan next: korang import image pastu untick 'has background ' kalau nk buat transparent (abaikan TRIAL tu) 

JENG JENG JENG.... dah siap dah pun...ni lah hasil yang tak seberapa.. masukkan kat header image tu..insya allah kalau takde aral ia akan elok jer..kalau cacat pandai-pandai la gubah sendiri..


SEKIAN .harap ok la post ni..


P/S: sorry aku tak pandai nak ajar orang..tp aku buat-buat pandai jer lah.ok eh?





Aku Nak Buat Pesta Blog Walking!

Salam..
Hye..
Hello!
Yuhuuu!

Ini Aku Punya Cerita so, ni Aku Punya Planning untuk minggu pengangguran aku yang ke -13! (wah cepatnya dunia berputar..) .Seperti korang sedia maklum, aku adalah pendatang tanpa izin baru dalam dunia blog memblog ni..Jadi, semalaman suntuk aku mencari istilah BLOGWALKING ni. (saje je tambah ilmu di dada) haha.. 

And now!!! Now what??

Aku dah decide! Muktamad! tak de sape boleh halang aku. Aku Punya Suka la..kan korang kan..
Aku nak spent time untuk beberapa hari ni untuk buat "PESTA BLOGWALKING". Dah nama pun pesta , kalau aku sorang tak best la kan.. So kepada korang-korang dan korang semua yang nak join jom lah.. Aku tak offer apa-apa hadiah sebab aku buat suka-suki jer..hehe..

Yang bestnyer, aku nekad tahap cipan ni untuk buat lawatan penuh secara blogwalking ke blog-blog korang sampai ke titik noktah terakhir aku baca (ok ni tipu, korang jgn percaya).. Tapi aku akan cuba menginterestingkan diri aku membaca blog korang sebab blog korang semua OHSEM!

Jadi Apa tunggu lagi la dey! Tambi, aci, ane, minachi, amoi, mei mei (bukan bini Norman Hakim ok) popo, abang, adik, kakak, pakcik, makcik,...(tang orang Melayu punya heritage ni aku mintak maaf sebab tak dapat nak huraikan semua, byk sgt..hehe)..semua!!! Tinggalkan JEJAK Tapak kaki tanpa stoking korang kat bawah ni untuk memudahkan aku listkan lokasi lawatan untuk minggu ini. So sama2 lah kita bersama meningkatkan tahap kerajinan melawat jiran tetangga kita ya!

Thanks KORANG semua!
List down korang punya BLOG yang OHSEM tu.

Tuesday, September 27, 2011

Facebook Pun Nak Kena Bayar??


"FACEBOOK JUST RELEASED THEIR PRICE GRID FOR MEMBERSHIP. $9.99 PER MONTH FOR GOLD MEMBER SERVICES, $6.99 PER MONTH FOR SILVER MEMBER SERVICES, $3.99 PER MONTH FOR BRONZE MEMBER SERVICES, FREE IF YOU COPY AND PASTE THIS MESSAGE BEFORE MIDNIGHT TONIGHT. WHEN YOU SIGN ON TOMORROW MORNING YOU WILL BE PROMPTED FOR PAYMENT INFO...IT IS OFFICIAL IT WAS EVEN ON THE NEWS. FACEBOOK WILL START CHARGING DUE TO THE NEW PROFILE CHANGES. IF YOU COPY THIS ON YOUR WALL YOUR ICON WILL TURN BLUE AND FACEBOOK WILL BE FREE FOR YOU. PLEASE PASS THIS MESSAGE ON IF NOT YOUR ACCOUNT WILL BE DELETED IF YOU DO NOT PAY!"



Korang ada FACEBOOK?? Bohong sangat la kalau tak ada. Sape tak tau facebook ni binatang apa kan. Facebook ni lah laman soSIAL yang banyak menganggu penduduk bumi sekarang ni. Sebab BELIAU lah awek mintak break dalam hujan renyai, sebab BELIAU jugak lah suami isteri main baling-baling periuk, sebab BELIAU jugak lah anak pak mat (bukan nama sebnar) curi selipar jirannya dan sebab BELIAU jugak lah AKU PUNYA CERITA nak tulis dalam blog ni. aha!
tepuk amai2... :p


Aku pun tak tau siapa punya mesej sesat kat FB aku ni. Siap ada kategori GOLD,SILVER & BRONZE seyh.. 

Tak dinafikan FACEBOOK ni banyak membantu dalam usaha mencari kawan lama dan juga menjejak ex girlfriend or ex boyfriend yang dah kawin dan beranak lima... memang membantu... Kalau inspektor SAHAB ada facebook, senang jugak dia nak connect dengan KLUANG MAN.. (tapi tu citer dulu)

Inilah Kluang man dan Tiong Man

Ini Pulak Inspektor Sahab yang diceritakan

Masalahnya FACEBOOK ni dah kasi langgar sama wa beb... Penat aku mengadd lebih dari 1000 friends tau..tup tup dia mintak bayar pulak doh... Dia ingat aku nak bayar??? Phuiii... its ok lah.. kalau FACEBOOK mintak bayar tunggu akaun ASB aku 200k++ ok. Kalau di fikir , dah boleh nampak dah trick orang-orang INI ... 

So, sekarang ni korang nak bersoSIAL korang bayar lah.. kalau tak simpan je angan-angan tu.. Ape korang rasa? Nak bayar ker? Kalau tak nak bayar korang mampu ke kene DELETE facebook yang korang ngadap 20jam sehari tu??  Boleh?? 

Apa? Tanya aku?? Aku no hal.. Yang penting gmail, ymail, skype,ym xpayah bayar..hahahaha


P/s: Sejauh mana kebenaran nyer aku tak pasti.korang tanyalah pada Mark Z.....berg tu.. 





Apa komen korang?

Daftar Blog pada Google, Yahoo dan Bing?

Masa aku tengah buat lawatan sekolah dengan blogwalking, alkisah terjumpa pulak dengan satu info pasal blog ni. Almaklumlah orang baru..hehehe. Membantu jugak lah untuk blogger baru macam aku ni. Ianya adalah berkaitan dengan bagaimana caranya untuk daftarkan blog kita pada search engine seperti abang Google, Akak Yahoo! dan Adik Bing..Banyak jugak tempat lain boleh daftar yang diorang gelar ape tu innity nuffnang ke hape ntah dan lain-lain lah. So sekarang aku cuma nak try agar nama aku terindeks dalam carian insan sejagat kat luar sana. Ape lagi jom try!  


 DAFTAR GOOGLE
Cara mendaftar blog ke Abang Google:

STEP 1
Pergi ke website ni: Abang Google

STEP 2

Isi URL: URL blog korang
Word verification: Kata laluan pengesahan yang ada kat situ (tulis balik jer)

STEP 3

Pastu KLIK Add URL.. tadaaa! settle..


DAFTAR YAHOO!
Cara mendaftar blog pada Akak YAHOO!

STEP 1

Pergi website ni : Akak Yahoo!

STEP 2

*before daftar kene ada akaun Yahoo dulu sebab nak kene log in .So buat lah akaun kalau tak ada lagi ok.

1. Klik submit website or webpage
2. URL: Isi dengan URL blog korang
3.Pastu Klik submit URL

STEP 3

Ini step untuk masukkan alamat feed

1. Klik Submit A Site Feed
2. URL: Isi dengan URL blog korang
3. Kemudian, Klik submit feed.
4. Korang kene masukkan atom.xml dan klik Add Feed
*Blogger macam kita ni tambahkan saja atom.xml di belakang URL blog korang tu

contoh:
http://biqahatmin.blogspot.com/atom.xml

Ok, Akak Yahoo punya hal dah settle!


DAFTAR BING
Cara mendaftar blog pada Adik Bing:

STEP 1
Pergi website ni :Adik Bing

STEP 2

Word Verification: Masukkan la huruf pengesahan tu ha..
URL: Masukkan URL blog korang

STEP 3
Kemudian KLIK submit URL. Selesai sudah..


Tamat sudah pengajian tentang cara nak daftar blog pada enjin carian yang tiga ketul ni. So, menatang ni bukan kene buat hari-hari..cukuplah seminggu sekali ikut kemampuan zahir dan batin. Jadi, ni lah aku punya cerita pasal benda ni. Kalau nak buat silakan..tapi kalau tak aku pun serius tak dapat tolong.

Selamat men








Monday, September 26, 2011

A.k.u B.a.n.g.g.a.!



Aku Punya Cerita


Assalamualaikum!

Hello bloggers, AKU (bukan nama sebenar) baru jer nak berbloging.. sebenarnya dah lama ada blog (tak active pon)..tapi sejak pembabitan dalam industri pengangguran ni rasa macam nak merepek lah pulak.. thats why aku letak tagline pun AKU PUNYA CERITA.. so anda2 diluar sana jangan mudah terpengaruh dengan apa2 isi kandungan dalam BLOG ini ok.. Mungkin menipu, mungkin toyol tahyul dan mungkin juga di luar norma pemikiran manusia..so awal2 aku dah cakap , pasni jangan claim insurans or ape2 yang berkaitan dengan tuntutan dan hak dari tribunal pembaca (ada ke?) So aku CERITA sikit la tentang bengapnye tak bijaknye aku nak memulakan blog ni. Panjang ceritanya, jadi aku pendekkan lah bahawasanya aku memang blurr dan tak tau dah pasal blog2 ni...yang aku tau hanya lah block2 LEGO budak2 tu... Kalau ada sesape yang expert pasal blog ni sharing2 la sebab aku tengok banyak jugak blog2 yang comel lote, hensem2 dan cantik2 belaka... Dengan rasa bangganya dapat post kat BLOG AKU PUNYA CERITA ni, aku rasa macam nak joget 

macam ni! OK??