Monday, October 29, 2012

Hentikan Pencemaran Alam...

Assalamualaikum....

Di satu pagi yang hening... senang citer usai subuh, aku yang berbadan comel ini berniat untuk keluar berjoging di taman berhampiran. Sudah dipasang niat itu lima hari yang lepas. Semenjak membaca surat khabar yang menyatakan statistik lebih 80% rakyat Malaysia tidak bersenam. Aku rasa tercabar.


Bersemangat! itulah kata-kata yang sesuai ketika itu untuk aku (rasanya). Dengan suasana dingin pagi dan embun-embun masih berkeliaran,tambah pula langit yang membiru muda di pagi hari, maka aku memulakan aktiviti memanaskan badan (tanpa bahan api).


Sedang elok aku melangkah untuk membuat larian anak ayam, mata aku mula terpandang serong sedikit...


Kelihatan dua anak muda sedang duduk berdua-duaan di sebuah bangku... Bukanlah bangku sekolah, tapi bangku di taman.. Dari jauh, kelihatan mereka beruniform.. Cuba teka uniform apa? Polis? Bomba? Angkasawan? Askar? Badan beruniform? Oh no-no-no....

UNIFORM SEKOLAH...

Maka dengan itu.... Awan yang kelihatan biru tadi bertukar menjadi mendung. Aktiviti memanskan badan sudah menjadi aktiviti memanaskan mata... Bila dari mata turun ke hati, maka hati juga jadik panas. serius sangat mendukacitakan.. Terlalu mencemari alam sekeliling. Dengan kata lain itu adalah aktiviti tidak sihat..

Barangkali terlalu gembira selepas periksa.. atau mungkin mengisi masa lapang sebelum menuntut ilmu di sekolah. Aku tak tau kenapa terjadinya begitu... Sempat juga aku lalu depan diorang, oh berdesup pegangan cinta dilepaskan... Laju diorang beredar. Aku geleng kepala dalam hati.. (faham?)

Aku sebagai orang Melayu di kawasan setempat pun berasa malu dan segan bila orang lain turut memandang mereka. Faham-faham lah, uncle2 dan ah soo yang sedang bersenam di pagi hari. Betul, memang tak nampak orang kita yang berjoging. 

Di satu sudut aku lihat sekumpulan wanita tua berbangsa Cina sedang bertaichi.. Sudut lain pula uncle2 berseluar pendek berlari anak.. Namun di satu sudut, kelihatan anak muda bermotor berbaringan di pondok kecil, ada juga yang ketiduran di atas motor. Dan ada juga yang menyelit2 di tepi pokok berdua-duaan dan bercanda di pagi hari. 

Oh dimana kita???

Ini bukan bersifat racist... ini bukan sarcastic... ini hanya pandangan dari mata kasar.. sekasar kasarnya... 

Sehingga sekarang menjadi tanda tanya, kenapa dan kenapa? Itu je ke kemampuan anak muda kita? Di petang hari lain pula ceritanya.. Tangan yang memetik gitar tak henti2 walaupun bilal dah habis melaungkan azan...

Inilah salah satu "Pollution" yang tidak tersenarai dalam mana2 bab pengajian Am, sains dan kesihatan serta matematik tahun satu. Marilah sama-sama kita hentikan pencemaran alam sebegini. Demi menaiikkan imej kita sendiri di mata masyarakat. jadilah individu yang lebih berdaya maju.. Kurangkan aktiviti yang tidak sihat itu wahai remaja.... 


Friday, October 19, 2012

Menghormati....






Assalamualaikum..

Lama kan tak nampak batang hidung? Ok fine AMINAH takde hidung.

Dari mata turun ke hati, dari gembira rasa sakit hati. Itulah dia bila orang KAYA yang berlagak KAYA. Maka duit sudah tiada nilainya di mata mereka. Bagi mereka mungkin mudah mendapatkan RM50 dalam sehari. Tapi apa gunanya kaya jika tidak tahu menghormati orang lain yang bersusah payah mencari rezeki yang halal.

Maka terjadilah satu kisah.. Di hari yang sunyi sepi, angin pun takde, kipas pulak rosak di sebuah gerai kecil yang sederhana kecilnya. Seorang lelaki berkulit cerah, bekumis tebal bersama seluruh ahli keluarganya. Duduk di sebuah meja lalu membuat pesanan makanan. Barangkali terlalu lapar jadi terjerit2 lah mereka pada si PEKERJA.

Dengan muka bahagia dan senang hatinya si PEKERJA ini melayan kerenah orang KAYA tersebut. Seminit kemudian diminta lap meja, dua minit kemudian minta tisu, tiga minit kemudian minta sudu, empat lima minit dan berminit2 kemudian semakin banyak songehnya. Nasib diorang tak mintak penampo.

Disebabkan si PEKERJA ini berpegang teguh pada pesanan sang TAUKE, makanya dia masih ingat pepatah yang berbunyi "CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT" dia redha. Haha serius sangat. Tetapi berlaku sesuatu yang sangat melukai dan mengguris hati dan jiwa nurani si PEKERJA tadi.

Setelah dikira, si KAYA ini mengeluarkan segumpal wang dari poket tebalnya. Si PEKERJA ini pula mengalih pandangannya kerana tidak manis melihat duit orang. (Padahal mata dah bersinar-sinar)

Tapi sayang seribu kali sayang, dengan muka bengis dan berlagak selamba, si KAYA ini melemparkan sehelai duit kertas RM 50 di melepasi meja makan lalu terjatuhlah duit itu ke tanah (bukan tanah kubur..... ) Si PEKERJA yang sedang tersenyum berubah riak wajahnya. Apakah????

Disebabkan amanah yang dipikul sebagai seorang pekerja, si PEKERJA ini dengan rendah diri tunduk mengambil wang tersebut. lalu pergi meninggalkan keluarga si KAYA itu.(Sempat pula si keluarga itu tersenyum sinis kepadanya). Namun terdengar suara-suara sumbang berkata

"Wah main campak je papa eh... campak kat adik sikit duit tu.." 

ok dah lah tamat cerita tu...

Sebenarnya aku cuma hairan, kenapa sikapnya begitu. Tak salah kalau hulur duit tu baik-baik. Jika fikir positif mungkin si KAYA tersebut taknak tersentuh tangan si pekerja perempuan ni. Tapi itu kalau...KALAU. (boleh je guna cara alternatif kan) Bukan peniaga ni minta sedekah. Mereka berniaga, hidangkan makanan untuk semua orang. Masak dengan ikhlas, layan pelanggan dengan ikhlas. Mungkin nilai yang dibayar itu tidak seberapa bagi mereka, tapi jika diselangi dengan ucapan terima kasih lebih manis, paling tidak pun senyum lah sikit.

Tak kira lah KAYA atau MISKIN, kita kena ingat kita tak selalu berada di atas. Jangan pernah lupa asal usul kita. Jangan terlalu taksub dengan harta dunia yang kita ada. 

Belajarlah menghormati orang lain....

"HORMATILAH ORANG LAIN JIKA ANDA JUGA INGIN DIHORMATI"
-para bijaksana



p/s: Maaf lama tak update
p/s/s: Terlalu sibuk dengan urusan duniawi....phewww


Friday, August 31, 2012

Preparation...



Assalamualaikum...

Salam Merdeka semua!...

Selesai sudah Hari Raya dan jamuan makan-makan yang amat memenuhi perut ini. Selesai jugak pembakaran mercun besar-besaran malam tadi. Dah tiba masa untuk aku buat preparation. Untuk apa?

PTD Assessment Centre (PAC). Yup, beberapa bulan lepas aku ada ambik exam PTD. Biasalah cuba-cuba nasib untuk masuk keje gomen ni. Alhamdulillah untuk stage pertama aku lulus exam tersebut dan dipanggil untuk PAC di IKWAS kat Kluang Johor. So aku rasa esok seawal pagi aku akan drive dari JB ke Kluang. Harap-harap perjalanan berjalan lancar sebab pepagi dah kena daftar.

Sebenarnya aku tak lah tau sangat apa yang kena buat dekat PAC ni. So mula la baru nak search google. Ada la jugak info sikit2 pasal program ni. 2D1N aku masih ok kot... yang tak ok nye nervous tak hilang ni. Hahaha...

Aku cuba la ikut tips yang orang2 lain cakap kat internet ni. (xhabis2 aku google). Aku baca surat khabar (ada la jugak baca sikit), google memang wajib, pastu fitkan badan walaupun baru semalam makan banyak kat openhouse,dan cuba asah balik soft skill aku.hahaha.. Tapi semua tu macam buat last minit je kan.

Jadi sekarang ni aku rasa nak rehat je. Tenangkan diri. Sebab dengar citer ada larian 2.4km dalam 15minit nanti. Agaknya boleh ke tidak ni ek? Masa ujian kecergasan untuk SPAJ dulu pun cuma bleep test je. Itupun setakat level 4.1 je. Ada tak sesape yang dapat dekat IKWAS jugak? Mana tau leh kenal awal2.

Apa pun aku akan cuba buat yang terbaik lah. Mana tau ada rezeki kan. Lagipun first time ni mesti banyak pengalaman baru. FUhh...

Kepada kawan2 doakan saya ye. Hehe.... :)

Selamat Menyambut Hari MErdeka!

Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri dari Kami!


Dam..Dam...Dum... Bunyi mercun! 

Assalamualaikum kawan2 semua. Mungkin hanya mengambil sedikit kesempatan untuk mengucapkan SALAM AIDILFITRI buat semua kengkawan kat alam maya ni. Mohon seribu kemaafan andai terkasar bahasa, tersilap bicara, terlebih kata dan segalanya. 

Sebagai seorang blogger: Saya memohon maaf andai ada pendapat serta segala isi kandungan blog yang menyinggung dan menyentuh isi perut semua yang membaca. Segala yang tertulis adalah secara spontan dalam otak pemikiran ni dan tak ada skrip, jadi penapisan adalah tidak pernah dilakukan.OPS....

ikhlas dari kami:
Aminah & Biqa



Friday, July 13, 2012

Pengalaman










PENGALAMAN MENDEWASAKAN KITA? thats it.. itu yang sering menjadi ayat yang selalu kita dengar. (Tapi aku tak tau kenapa aminah ni lain macam punya sengal)

Benar pengalaman mendewasakan kita, membuat kita matang dan secara lebih saintifiknya, pengalaman banyak mengajar kita erti kehidupan. 

TAPI pengalaman tak boleh dicopy... Nak tau, nak rasa kena lalui.. Bukan sekadar mendengar cerita orang dan terus buat kesimpulan lantas tidak mahu mencuba. Setiap yang kita lalui sebenarnya adalah pengalaman. 

Timba pengalaman, timba ilmu. Bukan duduk diam xnak cuba lalu menyerah... HIDUP IBARAT SEKOLAH, PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK KITA.

Sebab tu ada pengalaman pahit dan pengalaman manis. Yang pahit tu bukan sebab dia makan peria dan yang manis tu bukan sebab dia tonggak gula sebaldi. So, belajarlah dari pengalaman.. Jangan tiru macam aminah tu.. sekian..


ps: Bermonolog di pagi buta selepas buat report.

Tuesday, July 3, 2012

Episod 1 : Hari Berjumpa LEI











Perhatian: Sila pantau anak2 anda membaca blog ini kerana ketidaklogikan yang dialami bukanlah tanggungjawab sang penulis. 

Untuk bacaan otak kiri sahaja...




Thursday, June 21, 2012

Al-Kisah.... Aminah


Sinopsis:

AMINAH, anak kecil yang berjiwa besar. Namun sering menjadi mangsa buli kepada anak-anak sekampung dengannya. Kehadiran KOKO si burung halimunan dan LEI si tahi ajaib menjadi peneman setia zaman kanak-kanaknya. 

Dia bagai disisih, sering menjadi sindiran orang kampung. Budak gemuk yang menyusahkan! Dengan tekad dan azam, AMINAH membawa diri. Mengembara mengikut langkahnya. Dia tahu ada sesuatu untuknya.

Nantikan AL KISAH...AMINAH .. 



Friday, June 15, 2012

Janganlah Begini.....




Laluan menuju kejayaan tu bukan mudah. Pelbagai dugaan perlu kita lalui untuk mencapai tahap tu. Aku seperti biasa seorang insan yang sangat menitikberatkan tentang masa dan punctuality... 

Satu program taklimat telah dijadualkan berlangsung pada hari ni.(tempat dan kawasan serta wilayah dirahsiakan)  Dan dengan semangatnya segala persiapan telah siap sedia di atur. Props untuk presentation sudah sedia, borang2 dan dokumen2 sudah sedia dan boleh dikatakan 98% siap. Tunggu nak present je. 

Sejam sebelum bertolak, terdetik untuk menelefon pihak penganjur. Namun satu kenyataan yang agak mendownkan seketika berlaku. Program yang telah cantik diatur sebelum ni BATAL!

Lima minit terdiam lepas letak call. Kenapa? Unpredictable. Tapi lepas tu senyum..senyum dan senyum...

Namun rasa terkilan dan ralat sangat tidak dapat dirahsiakan dari lubuk hati. Mana tidaknya, dah siap segala preparation.. tiba-tiba call cancel. Apa perkara yang buat aku rasa sangat tidak patut???

1. Semalam buat 3 kali confirmation ... org di sana kata semua ok.
2. Segala peralatan telah siap, sewa dll.. burn macam tu je tanpa utilized..
3.Tak ada langsung pihak penganjur yang call kata cancel.
4. Bila kita call, tiada langsung rasa bersalah dan tak dengar pun kata maaf. (cuma cakap tak jadi lah....)

Bukan nak sangat dengar dia mintak maaf, tapi berbahasa lah dengan penat lelah ni. Aku tak faham kenapa hal macam ni boleh diambil ringan sampai macam tu. sejam sebelum program baru tau ia cancel. Bukan nak berkira tapi rasa tipah tertipu. Dah lah perjalanan menuju tempat tersebut sangat jauh dan berliku. Kalau lah tak call tentu akan lebih kecewa bila sampai sana baru tau ia dah dibatalkan.

Tapi tak apa, keep smile. Pintu rezeki Allah tu luas.. mungkin tidak hari ini... :) Cuma satu pesanan, tolong bertanggungjawab dengan tugas masing2...

Bukan mudah untuk jadi orang berjaya... sekian.

AMINAH



Wednesday, May 30, 2012

Cuti Sekolah Jangan Cuti Kerja


Cuti sekolah dah tiba, tapi yang tak ada kaitan dengan cuti tu jangan nak mengada-ngada buat-buat lupa. Kerja tetap kerja. Nama pun pekerja jadi kerja lah betul-betul. Mentang-mentang boss takde pergi outstation dia pun out terus. Cuba ambik contoh yang elok2, budak sekolah cuti sekolah pun reti cari kerja part time. Tak kira lah cuci kereta ke, kerja jual jagung ke, crispy crepe ke yang penting diorang pun tau nak cari duit time cuti. 

Yang memusykilkan aku ialah pekerja dewasa yang tak reti nak kerja. Ngular je.. Kalau memang takde kerja takpe, ni kerja berlambak sana sini, tapi duk opis menghadap facebook. Bukan tak boleh nak ngadap facebook tapi kalau ye pun agak-agak la bro. Bila orang bagi kelonggaran tu jangan ambil kesempatan. Siapkan kerja tu ikut priority. Dah siap nak facebook ke nak blog ke ape ke semua boleh. No problem punya. 

Yang kerja kedai makan lain pulak perangainya. Bila taukeh takde mula la dia duduk bersembang je, main msg tersengih-sengih tak perasan pelanggan datang...hilang g toilet sampai sejam, hisap rokok pun sampai berjam. Customer yang order air pun tak dapat , yang order makanan pun dah kenyang makan hati. Bila di tegur jawapannya.. ya..ya..ya.. tapi papaya betul.. Silap haribulan ada kena bungkus hantar balik negeri baru tau.hahaha

Inilah senarionya. bukan mintak jadi pekerja yang "work hard" ... cuma kalau boleh nak yang "work smart". pandai urus masa kerja, JS masing-masing kena la tau. Ha, kakak kat opis tu jangan nak mengumpat je kejenya, sakit dah telinga ni dengar. Sudah-sudah lah kak, cerita anak Kak Timah belakang rumah ke, anak Cik Ton selang lima baris ke tak payah la bawak sampai opis. Hahahaha.. 

-wakil customer kedai makan,pekerja opis under air cond, dan insan yang tak puas hati.Sekian.

*kepenatan hari ni jadi mat despatch @ posmen penghantar surat.. hmm.. nampaknya dua cita-cita dah tertunai.. tinggal satu je..hehe..



Tuesday, May 22, 2012

Eh... Dah bulan Rejab?

Assalamualaikum..





ANAK: Mak..mak.. kenapa kita puasa bulan Rejab? Kan ke lambat lagi nak bulan puasa? (soalan innocent anak darjah1)
MAK: Macam ni ... Bulan rejab ni bulan yang mulia.. Nabi s.a.w bersabda, bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku,dan bulan Ramadhan bulan umatku.
ANAK: Jadi apa kaitan dengan puasa? seriously adik tak paham la..
MAK: Kita akan dapat banyak kelebihan yang boleh kita manfaatkan dengan memperbanyakkan ibadah. Contohnya puasa, solat sunat, zikir, beristighfar, baca Al-Quran dan sebagainya. Jadi esok hari pertama iaitu awal bulan rejab...
ANAK: Awal bulan??? YEY!! mak dapat gaji kan..kan kan...

DANG!!!! (bunyi kepala ditukul dengan tukul besi plastik kedai RM2)

ANAK: Adeh.. kenapa pulak ni...
MAK: Lain kali kalau orang cakap dengar dulu.. Ehem.. berbalik pada tadi.. Bulan rejab ni kalau kita puasa banyak yang kita akan dapat.. kejap mak ambik iPad ...


ANAK: 5 hari je ke? sikitnya...
MAK: Nah! Ambik iPad ni dan search kat web Dakwah ni.. Mak pun baca situ tadi.. 


ANAK: wokey! cun lah...
MAK: Cun xcun.. baca tau jangan bukak teletubies ke, pingu ke, pokemon ke kat youtube tu. Mak jotos nanti. Mak nak pergi toilet kejap...

Padahal.. si emak sudah ngantuk untuk melanjutkan post ni.. Haha.. selamat menjalani ibadah di bulan rejab.. Beramallah mengikut kemampuan masing-masing. :)


Sunday, May 13, 2012

I'm Back

Assalamualaikum!

Ciao Bello?Ciao Bella? Pronto? Ok sudah..  Zaman Italy sudah lama berlalu, now aku berpijak di bumi nyata..di tanah tumpah darah,muntah, dan lain-lain. Bila bukak semula blog ni rasa kesian dengan tuan blog ni.. Apa dah jadilah dengan blog ni kan..bersawang..labah-labah pun berekor-ekor.. anai-anai pon ada tapi dah mati dulu. 

Masih ingat lagi? Siapa? Budak ni...


Tudiaaaa...

Kenal lagi? Si Aminah ni. Haha..saje je enter frame kat situ. Nampak tak kesibukan dia, mana nak pam tandas sumbat, mana nak mop, mana nak menyapu.. baldi pun bocor.. kesian betul.. sebab tu lah blog ni tak berupdate sejak balik haritu.

Tapi sebab utama nya ialah kesibukan yang melanda aku sejak balik haritu. Bukan buat-buat busy tapi memang betul busy agaknya sebab memang tak sempat nak mengaktifkan diri. Biasalah kerja yang dah berbulan ditinggalkan kembali menagih kasih. 

ALhamdulillah sekarang kuantiti kerja semakin susut. Makan masa betul nak menyusutkannya. Lega.... Oleh kerana laptop sebelum ni sudah pupus dimamah usia, makanya sekarang ni banyak benda kena buat baru. File-file lama memang dah sah-sah terhapus dari pandangan mata. Apa dah jadi dengan blog jiran tetangga pun aku tak sempat nak terjah lagi. Insya allah nanti aku cuba la baca mana-mana blog yang lalu lalang dengan bahagianya di blog ni.

Ok lah sahabat sekalian alam maya, nanti akan difikirkan apa tajuk yang sesuai untuk dimuatnaik. Kalau tengok masa memang mengjelesi kita. Jadi aku ciao dulu. 

pstt.. kalau tengok Aminah tu lain sikit sebab dah lupa sikit muka dia. Hahaha.. 

Wednesday, March 14, 2012

Salam rindu

Assalamualaikum...


fuhh... pandang kiri..pandang kanan... hahaha curi pakai laptop abang ni..huhu

apa khabar korang semua? Sorry sangat sebab tak dapat reply comment, or jalan blog korang sejak dua menjak bermenjak2 ni... sebab laptopku tersayang sudah rosak dan tiada jalan pintas untuk diperbaiki.. tapi jangan risau, hanya fizikalnya yang rosak, akhlaknya masih elok lagi yer..

maybe aku tak dpt nak menghapdate blog sampai hujung bulan ni.. Almaklumlah, sedang sibuk menanti kehadiran abang dan kakak dari malaysia untuk bersiar2 insya allah minggu hadapan..Lepas tu aku akan balik malaysia pada 25hb March 2012..  Kepada kengkawan yang menanti kepulanganku terima kasih, yang tak menanti pun takpe... usah dinanti... penantian itu satu penyeksaan.. (serius merepek)..

Ha, ada berita best.. haha.. kalau ada sesape minat nak order handbag dari italy, boleh add aku di facebook. Boleh pm kat sana ye, sebab hp cokia ku hanya mampu online fb je.haha


Ok, aku tak mampu nak taip panjang2. Hanya salam yang mampu kukirimkan kepada saudara mara dan sahabat handai di malaysia, haha.. tunggu kepulanganku... nanti balik, aku akan umukan kawan baru aminah :)... 


ps: aku selitkan contoh gambar..hahaha... menarik tak? jgn lupa yer..sebelum kepulanganku akan ku bawa handbag yang berkilo2 untuk mereka yang dah order.haha... 

rinduuuu blog ni..rindu korang..hehehe.. :)



Tuesday, February 28, 2012

Kejayaan & Kegagalan

Assalamualaikum...


Apa khabar semua? Sihat? Jarang intro macam ni kan..sweet rasanya... Ok! Tapi hari ni serius sikit. Kejayaan & Kegagalan. Kita semua pernah berjaya ... Pernah gagal... So, jom flashback semula detik kejayaan aku ketika dulu...


Kejayaan pertama aku apabila aku dilantik jadi pengawas perpustakaan masa darjah 2 sampai darjah 5. Masa tu aku dah bangga sangat dah, dengan baju biru, kasut hitam. Ceh... Ada kad pustakawan, so memang cun lah sebab cikgu suka dengan budak yang rajin macam aku ni. Rajin lah sangat. Masa tu abah bangga sangat dah... tapi takde hadiah.. Yang dia pesan, jangan tido dalam perpustakaan. Itu je... Tau-tau je abah ni..terbantut niat aku..haha


Hari demi hari kejayaan demi kejayaan semakin menyelubungi aku. Aku selalu jugak lah dapat markah 100. Tapi ada satu tragedi yang aku tak leh lupa. Masa tu aku dapat markah 100 untuk subjek English. So teacher aku rasa macam tak logik je kan aku dapat full mark. AKu rasa dia memang pandang rendah kat aku, sampai ati teacher....

Ini sedikit review perbualan aku dengan Teacher yang tak percaya akan markah yang dia bagi sendiri tu.

Teacher: Well done Siti, but can i ask you something?
Aku:  Yes teacher, tanya lah.
Teacher: How come you got full marks? 
Aku: Oh man...teacher lupa ke? Kan teacher letak kertas soalan depan saya.

Teacher aku cuma mampu tepuk dahi je masa tu. Salah dia jugak, sapa suruh letak soalan ejaan tu depan aku. Dah la masa tu ujian SPELLING. Aku ternampak dan aku teringat.. Maka aku terdapat 100.. Hehe, sekali je tu benda tu jadik. Tak sengaja. (sebab soalan bagi teacher adalah jawapan bagi kami..) he he he..



Hari yang paling happy masa aku darjah 3. Aku berjaya dinobatkan sebagai pelajar cemerlang yang lulus ujian PTS. Masa tu ujian tu akan bagi advantage kat kita kalau kita lulus, terus lompat darjah 5 dan tak payah nak masuk darjah 4. Sebenarnya aku tak tau pun ape tujuan ujian tu, abah aku je beria belikan aku buku latihan. Tak suka! Hari-hari kena jawab satu set kertas soalan. Lepas tu baru aku faham kenapa abah suruh buat macam tu. Cikgu besar aku kata, lepas ni masuk darjah 5 tau, belajar rajin-rajin. Aku jinak je angguk buat muka comel. Serius malu naik pentas.


Ha...ni lah gambar kami bertiga. Aku, Syah Nazrin dengan Syamsuri. Kami bertiga je yang lulus dan berjaya lompat ke darjah 5. Masa tu galak sakan dapat hadiah dari sekolah RM 10 sorang. Sejak tu rasa macam retisssss je bila jalan kat sekolah. Semua pandang.. dan ayat diorang mesti "Eh, adik ni yang lompat tu kan?".. Dalam hati aku bila masa pulak aku melompat.. aku jalan elok je walaupun terkedek-kedek sikit. (padahal perasaan je aku ni) 

Syah sekarang tak silap sambung belajar kat Jordan, Syamsuri pulak Universiti Petronas.. Maybe diorang dah kerja sekarang ni. Dulu rapat jugak kitorg ni.. Tapi sekarang ada add dekat FB tapi tak bertegur pun...uhuk2.. Majuk! Hehe .. Syah & SYam.. semoga korang berjaya dunia akhirat ye.



Kejayaan yang paling bermakna bagi aku  sudah tentulah bila aku dapat buatkan mak dan abah tersenyum. Itu kejayaan aku yang sangat bermakna. Tanpa ajaran dan didikan abah yang suruh aku buat itu dan ini, dah tentu aku takkan jadi seperti sekarang ni. Kan. Jimat masa aku setahun. Hahaha.. Mekasih ABAH!

 Mak jugak sebab tak jemu bagi aku makanan yang sihat sampai aku jadi SIHAT sangat dan otak aku cerdas jugak. Tak lupa jugak,  setiap kali mak buat kuih, aku akan makan tak berhenti2... Sebab sedap sangat..Haha.. Mekasih MAK!

Dulu abah ajar macam ni:

1. Salin karangan yang sama 5 kali sehari.
2. Buat soalan ujian PTS satu hari seberapa banyak set yang mampu.Kalau boleh satu buku
    pon ok sebab abah dah standby satu kedai buku untuk aku.
3. Bagi aku minum air redbull sebelum pergi sekolah *aku tak tau ape motif, nak kata aku 
    athlete bukan.hahaha..

Itu je.. Kalau nak anak korang melompat jugak, buatlah..hahaha..

Ok tamat kisah kejayaan aku yang tak seberapa tu, yelah zaman kanak2 apa ada hal kan. Dah lama dah pun berlalu. Tapi aku bersyukur!



Itu tentang kejayaan. Itu yang aku kongsikan. Tapi aku juga manusia biasa yang tak lari dari kesilapan dan kegagalan.  Ya! Aku pernah mengalami kegagalan dalam hidup. Tapi biarlah kegagalan itu aku jadikan pelonjak semangat dan iktibar di masa akan datang.

Sebagai seorang manusia, berjaya dan gagal itu adat dalam kehidupan kita. Jadi, sama ada kita berjaya atau tidak itu terpulang pada diri kita. Tapi jangan lah sampai kita terlampau taksub mengejar kejayaan hingga lupa pada Allah. Ingat, Allah itu sentiasa di sisi kita. Kita berjaya kerana dia ingin menguji kita dari sifat bangga diri, takbur, bongkak dan angkuh. Kita gagal kerana dia nak uji kita dengan sifat sabar, redha , pasrah  dan belajar dari kesilapan lalu. 

Jadi, adakah kita hanya ingat dia bila kita susah? Bila kita gagal? Atau kita langsung tak ingat dia dalam kejayaan atau kegagalan kita? Sebab tu jadi macam ni:






GAGAL buat otak kita tak rasional. Buat kita lupa apa arah tuju hidup kita, apa tujuan kita lahir di muka bumi ni? Situasi kat atas tu sering terjadi bila seseorang tu menghadapi kegagalan dalam hidup dia. Entah apa yang difikirkan hingga mampu membunuh diri?  Masalah EKONOMI, CINTA, JIWA dan lain2 boleh buat kita tak tentu arah. Tapi jangan sampai kita melakukan perkara yang dimurkai Allah, yang menambahkan lagi catitan dosa kita.

Terjun bangunan yang kelajuan junaman ke bawah adalah  150km sejam. Gantung diri dekat kipas 5 bilah, potong urat nadi macam nak putuskan urat marih ayam, cabut gigi sampai mati, cekik diri sendiri untuk mematikan diri, hisap ganja, hisap gam, hisap lolipop (ni bukan).. Masalahnya korang akan mati ke? Siapa kita untuk tentukan kita akan mati masa kita terjun tu? Ajal maut tu ditangan tuhan. 

Kalau buat cubaan bunuh diri tapi tak berjaya mati dengan jayanya, korang akan menambah lagi satu beban pada diri sendiri dan orang lain. Masa tu lah nanti nak duduk atas WILCHA..  Nak makan guna tube... Nak pakai pampers semula. Nak macam tu?  Itu yang aku terfikir bila tengok orang cuba bunuh diri ni.

Sepatutnya bila berjaya kita jangan sesekali lupa pada Allah, bersyukur pada Allah sebab KEJAYAAN itu jugak adalah rezeki buat kita, datangnya dari ALLAH. Semua milik ALLAH! Dan ketika kita dalam kegagalan, percaya dan yakin pada DIA. Yang penting apa pun yang terjadi jangan kita lupa siapa pencipta kita. Dan teruskan usaha tanpa putus asa. Allah itu takkan pernah lupa pada kita.

Jadi, berjaya atau tidak..segalanya dihujung jari anda.. Eh silap.. berjaya atau tidak, kita kena usaha tanpa jemu dan putus ada. Kerana kegagalan dalam kemuliaan itu lebih baik dari kejayaan dalam penghinaan. Renungkan.

 “..Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH.” – az Zumar : 53

Takde pantun, tukar lagu:

"Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau hampiri kejayaan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tak menentu.."
-Lagu kau boleh.