Monday, October 29, 2012

Hentikan Pencemaran Alam...

Assalamualaikum....

Di satu pagi yang hening... senang citer usai subuh, aku yang berbadan comel ini berniat untuk keluar berjoging di taman berhampiran. Sudah dipasang niat itu lima hari yang lepas. Semenjak membaca surat khabar yang menyatakan statistik lebih 80% rakyat Malaysia tidak bersenam. Aku rasa tercabar.


Bersemangat! itulah kata-kata yang sesuai ketika itu untuk aku (rasanya). Dengan suasana dingin pagi dan embun-embun masih berkeliaran,tambah pula langit yang membiru muda di pagi hari, maka aku memulakan aktiviti memanaskan badan (tanpa bahan api).


Sedang elok aku melangkah untuk membuat larian anak ayam, mata aku mula terpandang serong sedikit...


Kelihatan dua anak muda sedang duduk berdua-duaan di sebuah bangku... Bukanlah bangku sekolah, tapi bangku di taman.. Dari jauh, kelihatan mereka beruniform.. Cuba teka uniform apa? Polis? Bomba? Angkasawan? Askar? Badan beruniform? Oh no-no-no....

UNIFORM SEKOLAH...

Maka dengan itu.... Awan yang kelihatan biru tadi bertukar menjadi mendung. Aktiviti memanskan badan sudah menjadi aktiviti memanaskan mata... Bila dari mata turun ke hati, maka hati juga jadik panas. serius sangat mendukacitakan.. Terlalu mencemari alam sekeliling. Dengan kata lain itu adalah aktiviti tidak sihat..

Barangkali terlalu gembira selepas periksa.. atau mungkin mengisi masa lapang sebelum menuntut ilmu di sekolah. Aku tak tau kenapa terjadinya begitu... Sempat juga aku lalu depan diorang, oh berdesup pegangan cinta dilepaskan... Laju diorang beredar. Aku geleng kepala dalam hati.. (faham?)

Aku sebagai orang Melayu di kawasan setempat pun berasa malu dan segan bila orang lain turut memandang mereka. Faham-faham lah, uncle2 dan ah soo yang sedang bersenam di pagi hari. Betul, memang tak nampak orang kita yang berjoging. 

Di satu sudut aku lihat sekumpulan wanita tua berbangsa Cina sedang bertaichi.. Sudut lain pula uncle2 berseluar pendek berlari anak.. Namun di satu sudut, kelihatan anak muda bermotor berbaringan di pondok kecil, ada juga yang ketiduran di atas motor. Dan ada juga yang menyelit2 di tepi pokok berdua-duaan dan bercanda di pagi hari. 

Oh dimana kita???

Ini bukan bersifat racist... ini bukan sarcastic... ini hanya pandangan dari mata kasar.. sekasar kasarnya... 

Sehingga sekarang menjadi tanda tanya, kenapa dan kenapa? Itu je ke kemampuan anak muda kita? Di petang hari lain pula ceritanya.. Tangan yang memetik gitar tak henti2 walaupun bilal dah habis melaungkan azan...

Inilah salah satu "Pollution" yang tidak tersenarai dalam mana2 bab pengajian Am, sains dan kesihatan serta matematik tahun satu. Marilah sama-sama kita hentikan pencemaran alam sebegini. Demi menaiikkan imej kita sendiri di mata masyarakat. jadilah individu yang lebih berdaya maju.. Kurangkan aktiviti yang tidak sihat itu wahai remaja.... 


Friday, October 19, 2012

Menghormati....






Assalamualaikum..

Lama kan tak nampak batang hidung? Ok fine AMINAH takde hidung.

Dari mata turun ke hati, dari gembira rasa sakit hati. Itulah dia bila orang KAYA yang berlagak KAYA. Maka duit sudah tiada nilainya di mata mereka. Bagi mereka mungkin mudah mendapatkan RM50 dalam sehari. Tapi apa gunanya kaya jika tidak tahu menghormati orang lain yang bersusah payah mencari rezeki yang halal.

Maka terjadilah satu kisah.. Di hari yang sunyi sepi, angin pun takde, kipas pulak rosak di sebuah gerai kecil yang sederhana kecilnya. Seorang lelaki berkulit cerah, bekumis tebal bersama seluruh ahli keluarganya. Duduk di sebuah meja lalu membuat pesanan makanan. Barangkali terlalu lapar jadi terjerit2 lah mereka pada si PEKERJA.

Dengan muka bahagia dan senang hatinya si PEKERJA ini melayan kerenah orang KAYA tersebut. Seminit kemudian diminta lap meja, dua minit kemudian minta tisu, tiga minit kemudian minta sudu, empat lima minit dan berminit2 kemudian semakin banyak songehnya. Nasib diorang tak mintak penampo.

Disebabkan si PEKERJA ini berpegang teguh pada pesanan sang TAUKE, makanya dia masih ingat pepatah yang berbunyi "CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT" dia redha. Haha serius sangat. Tetapi berlaku sesuatu yang sangat melukai dan mengguris hati dan jiwa nurani si PEKERJA tadi.

Setelah dikira, si KAYA ini mengeluarkan segumpal wang dari poket tebalnya. Si PEKERJA ini pula mengalih pandangannya kerana tidak manis melihat duit orang. (Padahal mata dah bersinar-sinar)

Tapi sayang seribu kali sayang, dengan muka bengis dan berlagak selamba, si KAYA ini melemparkan sehelai duit kertas RM 50 di melepasi meja makan lalu terjatuhlah duit itu ke tanah (bukan tanah kubur..... ) Si PEKERJA yang sedang tersenyum berubah riak wajahnya. Apakah????

Disebabkan amanah yang dipikul sebagai seorang pekerja, si PEKERJA ini dengan rendah diri tunduk mengambil wang tersebut. lalu pergi meninggalkan keluarga si KAYA itu.(Sempat pula si keluarga itu tersenyum sinis kepadanya). Namun terdengar suara-suara sumbang berkata

"Wah main campak je papa eh... campak kat adik sikit duit tu.." 

ok dah lah tamat cerita tu...

Sebenarnya aku cuma hairan, kenapa sikapnya begitu. Tak salah kalau hulur duit tu baik-baik. Jika fikir positif mungkin si KAYA tersebut taknak tersentuh tangan si pekerja perempuan ni. Tapi itu kalau...KALAU. (boleh je guna cara alternatif kan) Bukan peniaga ni minta sedekah. Mereka berniaga, hidangkan makanan untuk semua orang. Masak dengan ikhlas, layan pelanggan dengan ikhlas. Mungkin nilai yang dibayar itu tidak seberapa bagi mereka, tapi jika diselangi dengan ucapan terima kasih lebih manis, paling tidak pun senyum lah sikit.

Tak kira lah KAYA atau MISKIN, kita kena ingat kita tak selalu berada di atas. Jangan pernah lupa asal usul kita. Jangan terlalu taksub dengan harta dunia yang kita ada. 

Belajarlah menghormati orang lain....

"HORMATILAH ORANG LAIN JIKA ANDA JUGA INGIN DIHORMATI"
-para bijaksana



p/s: Maaf lama tak update
p/s/s: Terlalu sibuk dengan urusan duniawi....phewww